Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Baby Boy

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Rabu, 17 Oktober 2012

Kepenatan

aduh minggu ni minggu yang paling penat..
penat sebab pindah rumah baru..tp bukan rumah sendiri lagi pon stay duk menyewa
kali ni pindah duk rumah ala-ala teres jugak..
dah tak larat nak naik turun tangga rumah..

aku kemas rumah pon kira kemas last minute,buat tergesa-gesa sebabnya sampai hujung bulan je duk kat rumah lama...
yelahkan nanti nak raya haji plak..so settlekan je semua 
balik dari kampung takde nak kelam kabut dah.

bab pindah rumah ni paling malas sekali
yelah kan,nak kena kemas semua barang lepas tu kemas lagi
barang tak adela banyak sangat..

~bersambung~

mood : kureng so gambo rumah baru nanti next entry aku letak yea



Isnin, 8 Oktober 2012

Jang OH Jang

Cerita ni cite pada ari ahad lepas..
dan-dan je anak dah ok dari demam dan segala bagai..berjalan-jalanla kerjanya
kteorang gi jenjalan kat kuala pilah lak..alah kebetulan pogi anta adik ipar yang belajar kat sana..
bukannya tak selalu pegi tapi ni kiranya ari-ari terakhir kami menghantar beliau belajar sana so satu jalan jadinya kami singgah la jenjalan kat Istana Lama Sri Meranti Kuala Pilah ni..

Batu tanda

aku pon bab berjalan memang suka benau..hihihi
tempat ni bukannya ade ape-ape pon,setakat istana kota lama je..

ni lah dia Istana Sri Meranti




Yang tak bestnya bila masuk tak leh nak amik gambar..
barang-barang yang ade kat dalam ni kebanyakkannya gambar-gambar lama raja Munawir sekeluarga
serta koleksi peribadi beliau

tapi aku ade gak amik gambar curi-curi
sekeping je pon yang sempat amik

gambar ni je sempat amik curik-curik..senget kan..hehehe
 
Kawasan dalam istana ni sangat-sangat luas dan besar
istana ni 4 tingkat semuanya..bila nak naik ke tingat yang paling atas..
mak aiii tangganya tersangat-sangat curam

pemandangan dari tingkat 3 Istana ni..cantek kan view die.

tapi seronok jugak leh datang tempat-tempat camni..
sambil berjalan leh tahu pasal sejarah kuala pilah ni kan..

Istana Sri Meranti, Kuala Pilah Nogori Sombilan



Selasa, 2 Oktober 2012

Minggu Risau

aDuhai..dua tiga minggu ni hati aku ni sebagai seorang ibu risau je..
mana tak risau anak laki sorang ni asyik tak sihat je
duk batuk-batuk campur selsema
siang hari ok je kalau malam menganjak mesti demam

Semalam ada bawak die pergi klinik pakar kanak-kanak kat puchong bandar puteri
nama klinik tu Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Chan, aku try tanya akak kat opis die gtau klinik tu ok jgkla..
esoknya ajak en usben aku bawak die gi klinik ni..
Masa smpai dalam pukul 9.30 pagi tu, aku tengok orang dah ramai..
tapi kebanyakkannya cina..
mesti klinik ni betol-betol bagus..penuh je orang..
aku ape lagi terus la daftarkan budak kecit..

oRANG masa tu dah 15 orang..terpaksa la tunggu.
turn kteorang pukul 11.00 pagi baru dapat..
nurse panggil masuk bilik rawatan dan
doctor buat checkup kat budak kecit n die cakap saluran pernafasan macam tersepit sikit..
bernafas pun sangkut-sangkut..
aduhai..kena la buat neubulizer..

Aku ade jugak tanye doktor kenapa bila malam je mesti die demam
doc cakap antibodi dalam badan die tak kuat..
mulala aku ni rasa bersalah..masa die kecik dulu tak menyusu badan sepenuhnya..
sedih sangat-sangat dah rasanya..

akU harap lepas ni dak kecit sihat..
ibu akan jaga adik sepenuhnya ok..
 


nak tengok die hepy macam ni selalu ;(