Pagi 1 Januari 2013, aku bangun terus masak bekalan untuk dibawa..aku baca dari rakan blog yang lain mencadangkan agar bawak bekalan makanan sebab kat sana susah sikit nak cari kedai makan..aku masak ringkas je ..nasi putih + ayam masak kicap..untuk abam perkasa pulak nasi + sayur..
Kami sekeluarga bertolak dari Puchong pada pukul 9.00 pagi..rancangnya nak bertolak pagi-pagi tapi biasala..kita yang merancang tapi Allah yang tentukan..
Dari Puchong ke Bukit Tinggi lebih kurang sejam setengah,masa tu kenderaan atas jalan tak banyak..perjalanan kami sekeluarga berjalan lancar..lebih kurang pukul 10.30 pagi kami dah sampai kat atas sana..
Sebelum masuk ade postguard yang setia menunggu |
Sebelum masuk ke Bukit Tinggi,ada satu postguard setia menunggu di situ..Nak masuk dikenakan charge sebanyak RM12.00 / person untuk dewasa dan RM8.00 / person untuk kanak-kanak 4 tahun keatas..
Tersenyum simpul |
bangunan ala-ala ingeris |
Layan je gambar-gambar ni yea..hehehe
Selepas puas kami tawaf kawasan sekeliling,kami bercadang ke Japanese Tea Garden pulak..nak ke sana kena menunggu bas yang disediakan..tapi nak drive sendiri mendaki bukit yang tinggi pon boleh..kami lebih suka menaiki bas yang disediakan..jimat minyak..hehehe
Cerita kami kat Japanese Tea Garden next entry yea...tunggu (ade ke yang tunggu..kikiki)