Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Baby Boy

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Selasa, 19 Mac 2013

KeSakitan KemaTaaN

Alhamdulillah,arini kesihatan baik sedikit dari seari dua yang lepas..dugaan betol bila kita diuji kesakitan..tapi takde la sakit teruk sangat..manja-manja aje..

Ngam-ngam je baik dari selsema,satu penyakit lagik yang menyerang..Petang sabtu yang damai,sambil bergotong royong ngan anak dan suami,tetiba mata sebelah kanan ni terasa semacam..

Rasanya seperti berpasir dan berselaput dengan taik mata..hahaha,tengok kat cermin mata ni dah merah..pejam celik pejam celik,tekan-tekan rasa sakit kat atas mata..CONFIRM terkena sakit mata..
Ah,biakan aje la,tak de teruk sangat pon..

Aku kalau bab sakit sikit kalau tak memudaratkan kesihatan,memang jarang bertandang ke klinik..tengok dulu keadaan camne,kalau teruk tak tertangguh baru pi carik doktor..hehehe

kalo tenung lama2,confirm leh berjangkit..hehe

Khamis, 14 Mac 2013

Salam Penghulu Segala Hari

Salam 03 JAMADIL AWWAL 1434 Hijrah...    

Hari ni hari kedua aku tak berapa nak sehat..badan ni rasa lemau dan sakit-sakit je.kalaula dapat gi massage best ni..

Semalam baru je nak gi klinik amik MC,tapi sebelum balik kerja semalam, kerja datang berduyun-duyun plak nak kena settlekan arini..adush!!

Balik je dari kerja,mandi, makan, terus amik ubat dan tidur..makan panadol aje..kesian kat abam tecit ibu tak dapat layan berbuas-buas malam tadi..sori yea sayang,ibu dak sihat..

Nak katil!!
 
 


Rabu, 13 Mac 2013

SaYa BuDaK BOTAK!!

hai..(hai kat sape pon tak tahu hihihi)
Balik dari opis semalam bergegas amik abam perkasa kat rumah babysitter..kalau petang-petang aktiviti memanjat tangga ke rumah babysitter my hubby yang panjat..pagi aku panjat,petang dia pulak panjat..ADIL KAN??hikhikhik

Ambik je abam dari rumah mak ngasuh dia,aku ajak laki aku ke saloon,bukan saloon pon sebenarnya tapi kedai gunting rambut india,hehee...bolehla,sebabnya si india tukang guning terer handle kepala budak buas time mengunting..

Balik kampung aritu tok ayah dia dah potong separuh jalan, tapi tak sempat potong sampai siap sebabnya tak duduk diam,lagipon pakai gunting je.. 
aaaa..kan tak siap nih..
Tapi sekarang budak ini sudah..BOTAK
syhhhh..saya tengah mengeram ni..
ensem tak saya??
Semakin hari semakin aktif ini budak,sampaikan penat nak melayan..dah la cepat merajuk kalau tak kasi apa yang dia nak..huhuhu.apa-apa pon IBU dan ABAH sayang ABAM tau..

Selasa, 12 Mac 2013

Tok Ayah kita melabur lagi..

Kita balik kampung kali ni tok ayah kita ajak kita jalan-jalan..kita pon ape lagi sukalah walaupon kita tak berapa sihat sebab kita demam..kesian kita kan..kita ingatkan nak belanjer kita pegi beli mainan tapi bawak kita jalan-jalan kat kedai perabot..

Tiga buah kedai tok ayah kita bawak masuk tengok perabot..kedai ketiga barula tok ayah kita beli belah kat situ..aduii penat betol la,taste tok ayah kita ni tinggi jugak,tak terlayan kita sebab asyik kita je yang kena jadik model,tapi tak pe kita suka..hihihi

kita da macam bos da..



Sofa ni kat kedai perabot pertama,kita suka tapi tok ayah kita kata duduk tak best sebab keras sikit..sofa ni pvc bukan leather,tapi design sofa ni klasik dan elegan..

please,kita nak duduk sini..hehe
Cantik tak buai ni??reganya RM899 lepas diskaun dapatla rm800 aje,tak beli pon sebab tak ngayat tok ayah mintak belikan,kalo tidak bolehla berendoi kan..hahaha tapi CANTIK!!

Kita siap pusing-pusing dalam kedai perabot yang ketiga baru la tok ayah kita cakap ade yang berkenan..fuhh lega!
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Taraaaaaa
pak cu,kita dan tok ayah tengah sembang-sembang kat sofa baru,cantek tak??..
 
ok ini saja cerita masa saya balik kampung aritu..daaaa              

site visit & balik kampung lagi

Jumaat lepas kami laki bini kena pergi site visit di Kuala Lipis,Pahang..so alang-alang balik nak anta mertua singgah la ke Lipis dulu..
Kami ke sana bertolak awal,tak nak bazirkan masa..Malam jumaat kami dah bertolak dari puchong ke kuala Lipis dan bermalam di sana..

Esok paginya lepas sarapan,aku laki bini ke site visit dulu,lepas tu baru kami bertolak balik Kelantan..dari lipis ke kelantan rasanya dekat..

ibu,abam nak balik kampung naik basikal ni yea..

Lebih kurang pukul 1.30ptg berhenti rehat kat r&r gua musang untuk makan tengahari dan solat sebelum memulakan perjalanan..

pukul 5.00 ptg kami dah sampai kat kampung..Tak puas duduk kampung..
Nak tinggal kat sana lama-lama boleh tak??

Selasa, 5 Mac 2013

Bukit Tinggi ~ Japanese Tea Garden

Hari ni rasa  rajin pulak nak tetaip story time cuti new year lepas..cerita ni sambungan lepas kami sekeluarga dah puas pusing-pusing dekat Colmar..

Kami menaiki bas/van yang disediakan menuju ke Japanese Tea Garden..masa yang diambil lebih kurang 30-40 minit je dari Colmar.

 
Mengira anak tangga..nasib bukan i yang membawak budak tembam itu..hhihi
kenape muka camtu???
Termengah-mengah rasanya mendaki anak-anak tangga ni..boleh tahan tinggi jugak..berpeluh ketiak..hihihi

cantik kan view
welcome!!
Setelah berpenat lelah mendaki,lebih kurang 5minit sampai ponggong pon tercongget-congget maka sampaila kami kat Rumah Teh Jepun ni..kalau laluan ke kanan kita akan ke Botanical Garden kat sini tak de ape yang menarik pon..
 Layan gambar je la yea..nak abiskan entry yang berkurun ni..

Jumaat, 25 Januari 2013

oLD stOry ~ Percutian Bukit Tinggi,Pahang

Awal tahun baru 2013 baru-baru ini,aku yang tukang rancang segala destinasi percutian kami sekeluarga telah bercadang berholiday di Bukit Tinggi,Pahang..

Pagi 1 Januari 2013, aku bangun terus masak bekalan untuk dibawa..aku baca dari rakan blog yang lain mencadangkan agar bawak bekalan makanan sebab kat sana susah sikit nak cari kedai makan..aku masak ringkas je ..nasi putih + ayam masak kicap..untuk abam perkasa pulak nasi + sayur..

 Kami sekeluarga bertolak dari Puchong pada pukul 9.00 pagi..rancangnya nak bertolak pagi-pagi tapi biasala..kita yang merancang tapi Allah yang tentukan..

Dari Puchong ke Bukit Tinggi lebih kurang sejam setengah,masa tu kenderaan atas jalan tak banyak..perjalanan kami sekeluarga berjalan lancar..lebih kurang pukul 10.30 pagi kami dah sampai kat atas sana..

Sebelum masuk ade postguard yang setia menunggu



 Sebelum masuk ke Bukit Tinggi,ada satu postguard setia menunggu di situ..Nak masuk dikenakan charge sebanyak RM12.00 / person untuk dewasa dan RM8.00 / person untuk kanak-kanak 4 tahun keatas..

Tersenyum simpul


Kat sini bangunan sangat-sangat cantik..tak puas mata memandang..Terdapat dua hotel yang ade kat sini,sape-sape yang nak datang berhoneymoon dan merehatkan fikiran sangat-sangat sesuai..confirm pagi sejuk je kan..

bangunan ala-ala ingeris





Layan je gambar-gambar ni yea..hehehe



 Selepas puas kami tawaf kawasan sekeliling,kami bercadang ke Japanese Tea Garden pulak..nak ke sana kena menunggu bas yang disediakan..tapi nak drive sendiri mendaki bukit yang tinggi pon boleh..kami lebih suka menaiki bas yang disediakan..jimat minyak..hehehe

Cerita kami kat Japanese Tea Garden next entry yea...tunggu (ade ke yang tunggu..kikiki)